Pasukan Pengurusan Eksekutif

D. Gary (1949–2018)

Pengasas Young Living dan bapa pergerakan minyak pati zaman moden

Menukarkan minat menjadi satu kerjaya merupakan impian ramai individu. Namun, ia merupakan satu realiti yang indah bagi pengasas Young Living, D. Gary Young dan Mary Young. Lebih dua dekad dahulu, Gary telah menemui kebaikan minyak pati yang mendalam. Melalui Young Living, pasangan Young berjaya berkongsi penemuan dan pengetahuan Gary yang tiada tandingan dengan jutaan individu di seluruh dunia, menyokong kesejahteraan dan mentransformasikan kehidupan mereka. Kepakaran Gary dalam tumbuh-tumbuhan bersama semangat keusahawanan dan pengalaman Mary dalam industri jualan langsung membawa kepada tercipta rangkaian minyak pati, campuran dan produk terseduh minyak yang paling tulen dan komprehensif di dunia.

Semasa pengembaraannya mengelilingi dunia dan mempelajari tentang teknik penyulingan minyak pati, Gary Young memperluaskan pengetahuannya tentang minyak pati dan terus menjadi peneraju dan pakar dalam bidang tersebut. Komitmen beliau dalam menghasilkan minyak pati dalam bentuk yang paling tulen membawa kepada terciptanya proses Seed to Seal® Young Living, yang merangkumi setiap peringkat dalam proses pengeluaran. Keghairahanya terhadap pertanian dan menginovasikan teknik penyulingan telah mengangkat Young Living menjadi peneraju dalam dunia minyak pati.

Selari dengan tanggungjawab mengendalikan sebuah syarikat antarabangsa yang membangun, Mary mendedikasikan masanya untuk memantau dan memperkasakan ramai individu dalam mencapai matlamat professional dan peribadi mereka. Beliau benar-benar prihatin terhadap individu lain dan beliau juga memainkan peranan yang penting dalam usaha filantrofi global Young Living. Beliau memimpin para kakitangan serta ahli melalui teladan dengan pendekatan langsung, lalu menjadi pendukung yang penting terhadap perkembangan dan kejayaan syarikat.
Dengan keyakinan yang mendalam terhadap keunggulan minyak pati, Gary dan Mary mewakili semangat Young Living dan terus membina sebuah syarikat yang menyokong sepenuhnya kesejahteraan semua dan di mana-mana sahaja.

Mary Young

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif

Mary Young memainkan peranan yang aktif dalam perniagaan Young Living seharian dengan memberikan arahan kepada pasukan Eksekutif dan kakitangan syarikat. Beliau juga mempunyai peranan yang penting dalam membimbing dan memperkasa ahli sambil berkongsi misi dan faedah Young Living ke seluruh dunia.

Mary telah diperkenalkan kepada industri jualan langsung pada tahun 1985 dan dalam dua tahun, beliau telah memupuk dan membina sebuah organisasi bernilai jutaan ringgit yang berjaya. Sejak penyertaannya di Young Living, Mary telah menggabungkan pengetahuan dan pengalamannya yang meluas dan pendekatannya dalam industri jualan langsung untuk membantu Young Living menjadi dan kekal menjadi peneraju dalam dunia minyak pati.

Mary juga merupakan instrumen utama dalam perjuangan filantropik Young Living dan beliau mengetuai usaha bantuan global melalui D. Gary Young Foundation. Beliau mendukung komitmen Young Living untuk membantu individu dan komuniti dalam mereka menikmati gaya hidup yang sihat.

Joe Cannon

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi

Sebagai Ketua Pegawai Operasi, Joe Cannon membawa pengalaman lama dan kerjaya hebat dalam lapangan perundangan, perniagaan dan polisi ke Young Living.

Joe menamatkan pengajian dengan kepujian dari Brigham Young University Law School dan mula menjadi pengamal undang-undang pada tahun 1978. Dalam beberapa tahun yang singkat beliau menyertai firma Morgan, Lewis & Bockius di Washington D.C., beliau mula menempa nama dalam polisi awam. Pada tahun 1980, beliau mula bekerja untuk Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) di bawah pimpinan Reagan. Beliau berkhidmat hingga tahun 1985. Ketika itu, beliau merupakan lantikan presiden dengan pengesahan Senat. Tanggungjawabnya meliputi daripada menguatkuasakan standard kualiti udara hingga membangunkan insentif ekonomi untuk syarikat mengurangkan pencemaran. Sepanjang tempohnya berada di EPA, Joe memainkan peranan penting dalam menyingkirkan plumbum daripada gasolin. Ketika ini, Joe juga menjadi rakan kongsi di firma perundangan D.C. yang berprestij, Pillsbury, Madison & Sutro, khusus dalam undang-undang alam sekitar, sumber semula jadi, tenaga dan pentadbiran.

Di kediaman asalnya di Utah, Joe turut meninggalkan jejak kukuh. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Geneva Steel, beliau memantau pembukaan semula syarikat besar di Utah ini dan operasinya dari 1987 hingga 2001. Dalam lingkungan budaya dan politik tempatan, beliau berkhidmat sebagai editor untuk Deseret News, akhbar harian besar di Bandar Salt Lake, serta berkhidmat untuk Lembaga pengarah, Utah Symphony, Utah Opera, dan Utah Transit Authority. Beliau juga berkhidmat untuk 9lembaga pemegang amanah untuk Salt Lake Olympic Organizing Committee dan Utah Shakespearean Festival. Joe telah berkhidmat sebagai ahli United States Holocaust Council dan juga pemenang amanah American Enterprise Institute di Washington, D.C. Kini, sebagai Ketua Pengawai Operasi Young Living, Joe meninggalkan jejal secara tempatan dan global dengan megoptimumkan operasi Young Living untuk memberikan yang terbaik untuk komuniti kita di seluruh dunia. Produk kegemaran Joe adalah NingXia Red® dan Stress Away™ untuk kegunaan pejabat dan Lavender dan Frankincense untuk pembaurnya di rumah.

Sementara Joe mengekalkan kerjaya yang luar biasa aktif, beliau juga sentiasa mengutamakan keluarganya, yang merangkumi isterinya, Jan; tujuh orang anak; dan 23 orang cucu.

Prasad Gankanda

Ketua Pegawai Jualan dan Operasi

Prasad Gankanda dilahirkan di Sri Lanka. Beliau mempelajari Bahasa Inggeris semasa menghadiri Kolej Trinity, sebuah sekolah berasrama British di Sri Lanka, dan mula mendapatkan lesen juruterbangnya semasa masih berada di sekolah tinggi. Di usia 19 tahun, beliau membawa dua beg pakaian dan meninggalkan kampung halamannya untuk mengembara ke Logan, Utah, di mana beliau mendapatkan ijazah di Utah State University dalam kejuruteraan mekanikal dan aeroangkasa. Sehingga kini, beliau menganggap Utah sebagai kampung halamannya.

Kefahaman mendalam Prasad tentang kejuruteraan telah memampukan beliau menyelesaikan masalah untuk pelbagai cabaran perniagaan dengan berjaya dalam aspek operasi, memajukan pasaran baru dan jualan global. Semangat tinggi yang cukup serasi dengan diri beliau diterjemahkan dalam kecekapan dan produktiviti tinggi pasukannya – satu pasukan yang diiktiraf dalam menghasilkan keputusan berkelas dunia. Di Young Living, pasukannya kini menyelia dunia, di mana beliau menyelia semua operasi jualan dan hasil.

Produk yang menjadi kegemaran Prasad adalah campuran minyak pati Valor dan Highest Potential.

Kelly Case

Ketua Kakitangan

Kelly merupakan seorang daripada ahli penting dalam pasukan Young Living lebih daripada 15 tahun lalu dan sejak itu beliau telah menerima pendapat berharga dalam pelbagai sektor perniagaan. Kelly menyertai Young Living dalam jabatan pemasaran dan kemudian dinaikkan pangkat sebagai pembantu eksekutif kepada pengasas syarikat, di mana beliau telah menyokong dalam pelbagai sektor perniagaan.

Beliau kemudian memegang peranan sebagai penasihat, di mana beliau memainkan peranan yang penting dalam menghadapi pelbagai cabaran dan perkembangan syarikat.

Kebanyakan tugasan yang diambil oleh Kelly merupakan tugasan di belakang tabir, di mana beliau menjadi perantara, penasihat dan penyambung komunikasi di antara pelbagai disiplin bagi mencipta satu suasana yang kohesif.

Kelly terus menjadi seorang penasihat strategik, suara yang boleh dipercayai dan lembaga penasihat kepada pasukan eksekutif, CEO Mary Young dan Pengasas Gary Young, namun beliau kini memainkan peranan yang lebih ketara kepada kakitangan korporat dan perniagaan strategik dari hari ke hari.

Kelly memiliki ijazah sarjana dalam bahasa Inggeris daripada Brigham Young University. Beliau gemar meluangkan masa dengan suami dan dua orang anak beliau dengan mengembara, bersantai di pantai, membaca dan menghadiri acara teater.

Melissa Bishop

Ketua Pegawai Kewangan

Melissa Bishop menyertai Young Living dengan latar belakang kukuh dalam Kewangan dan Perakaunan. Sebelum menerima kedudukan CFO, beliau meluangkan empat tahun sebagai ketua jabatan Cukai Global kami, memastikan kami kekal patuh dalam semua pasaran dan menjadi peserta penting dalam melancarkan 10 pasaran baharu sepanjang dua tahun lalu. Melissa seorang pemain pasukan yang menyumbang dan berfikiran di luar kotak serta gemar mencari penyelesaian kreatif untuk menyelesaikan masalah.

Melissa memperoleh Ijazah Sarjana Perakaunan dengan pengkhususan dalam Cukai dari Brigham Young University dan seorang Akauntan Awam Diiktiraf. Beliau mempunyai 15 tahun pengalaman dalam industri jualan langsung, serta empat tahun pengalaman bekerja dalam perakauan awam untuk kedua-dua Arthur Andersen dan KPMG. Sebelum menyertai Yoher Living, Melissa berkhidmat untuk syarikat jualan langsung lain sebagai Ketua Pegawai Kewangan mereka. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai bekas presiden untuk America Women's Society CPAs bagi Utah.

Semasa membesar, Melissa membantu bapanya dalam semua perkara, daripada memasang dinding hinggalah menukar brek kereta. Mempelajari kemahiran ini membenarkan beliau membina kepercayaan pada dirinya dan kemampuannya serta memberi beliau keyakinan yang diperlukan untuk berjaya. Di luar kerja, Melissa gemar membaca dan akan membaca semua benda daripada sains fiksyen hingga ke fantasi, romantis, dan misteri. Beliau gemarkan muzik dan sentiasa terlihat bermain piano dan menyanyi; di mana nyanyiannya membawa beliau merentas dunia dari San Diego ke Budapest ke Zagreb. Beliau gemar mengembara, mencuba makanan baharu, berkebun, menyelam skuba, dan membuat projek DIY.

Salah satu produk Young Living kegemaran Melissa adalah Zyng untuk dorongan tenaga semula jadi dan memberi kesegaran. Di sebelah malam, beliau gemar membaurkan campuran Cedarwood dan Lavender untuk bauan hangat yang menenangkan, dan tidak pernah meninggalkan rumah tanpa sebotol minyak Peppermint dipadankan dengan berbuli.

Brant Bishop

Ketua Pegawai Perundangan

Sebagai Ketua Pegawai Perundangan, Brant Bishop membawa pengalaman mengamalkan perundangan di tahap tertinggi selama berdekad lamanya ke Young Living. Beliau menamatkan pengajian dari Brigham Young University pada tahun 1993 dengan ijazah sarjana/sarjana muda serentak dalam Sains Politik dan ijazah sarjana dalam Psikologi, dan dari Harvard Law School pada 1996 dengan Kedoktoran Juri.

Selepas tugasan kehamikan bersama hakim United States Court of Appeals judge, Brant di pejabat firma undang-undang global Kirkland & Ellis LLP, Washington D.C. selama hampir 20 tahun, dan meninggalkan mereka sebagai rakan ekuiti pada 2016. Brant ketika itu salah seorang ahli kongsi pengasas dan pengurusan untuk sebuah firma litigasi perbicaraan butik di D.C., yang dikenali sebagai Wilkinson Walsh & Eskovitz, di mana beliau bersara pada tahun 2020.

Sepanjang hampir 25 tahun mengamalkan undang-undang persendirian, Brant mewakili ramai klien dalam pelbagai industri - termasuklah teknologi, perkhidmatan kewangan, ekuiti persendirian, insurans, cari gali minyak & gas, suka profesional, automotif, produk pengguna, dan farmaseutikal-dan dalam pelbagai kes sivil, termasuklah tuntutan mahkamah melibatkan tuntutan berkaitan perlembagaan negeri dan persekutuan, undang-undang antarabangsa, undang-undang antimonopoli, undang-undang perlindungan pengguna, kontrak persendirian, dan undang-undang persekutuan dan negeri, antaranya. Brant telah mewakili klien berhadapan beberapa agensi kerajaan, dalam pelbagai mahkamah persekutuan dan negeri di seluruh negara, di beberapa mahkamah persekutuan rayuan, dan di U.S. Supreme Court.

Brant sudah 26 tahun berkahwin dengan isterinya, dan mereka mempunyai 6 orang anak bersama. Di luar kerja, beliau berkhidmat di lembaga untuk beberapa organisasi kebajikan yang dikecualikan cukai. Produk Young Living kegemarannya adalah Wolfberry Crisp Bar dan semua minyak pati sitrus. 

Gabriel Sanchez

Presiden Young Living Amerika

Dilahirkan dan dibesarkan di Selatan Mexico, Gabby berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 2001 untuk mendapatkan pendidikan udang-undang dan terus mengamalkan undang-undang antarabangsa selama 12 tahun. Menggabungkan pengalaman luas dalam pasaran antarabangsa dan semangat untuk menyebarkan kesejahteraan, Gabby menjadi padanan sesuai untuk pasukan Young Living yang disertainya pada tahun 2015. Sejak itu, Gabby memulakan langkahnya dalam menyumbang kepada perkembangan syarikat di Amerika Latin.

Kini sebagai Presiden Young Living Amerika dan ahli pasukan eksekutif Young Living, Gabby teruja dengan peluang untuk terus mengambil bahagian dalam perkembangan strategik rantau yang pesat membangun ini, serta menyokong matlamat dan visi setiap ahli pasukannya. Sebagai inspirasi, beliau mengambil misi teguh Young Living dalam menghasilkan kediaman sihat untuk setiap daripada kita dan dunia sihat untuk kita semua sebagai contoh saat beliau memimpin rantaunya mencuba kemungkinan baharu yang mengujakan.

Gabby gemar menikmati makanan enak, bertemu orang baru, mengembara, menonton bola sepak, dan meluangkan masa bersama lima orang anaknya. Beliau turut gemra memulakan paginya dengan NingXia Red®, sementara Highest Potential dan Transformation membantu beliau kekal bermotivasi dan bersemangat sepanjang hari.

Tai Tolman

Presiden Antarabangsa

Dilahirkan di Hawaii dengan keluarga yang berasal dari New Zealand, Tai telah tinggal, bekerja, dan membesarkan keluarga enam beranaknya (Tanya dan 4 orang anak) di lima buah negara berbeza. Tai telah meluangkan 16 tahun kebelakangan ini di Asia di mana beliau berkhidmat sebagai Naib Presiden bersama Melaleuca dan paling terbaru sebagai Presiden Rantau Asia-Pasifik Young Living semenjak 2016. Kedua-dua hidup dan kerjaya Tai begitu luar biasa dengan pemikiran dan pengalaman global beliau. Dengan lebih 20 tahun pengalaman menguruskan perniagaan berdepan dengan pelanggan, jualan, pemasaran dan fungsi operasi dalam pasaran antarabangsa, Tai mengukir nama dengan melancar dan mengembangkan negara dengan jayanya di seluruh dunia.

Sebagai ketua pasaran antarabangsa Young Living dan ahli pasukan eksekutif, misi Tai ialah untuk menyerlahkan suara ahli kita di setiap tahap, memastikan pengalaman yang sepadan dengan kualiti tidak tertanding produk kita. Dengan membina dan memimpin pasukan berprestasi tinggi, Tai berusaha untuk memajukan visi Young Living untuk mengubah dunia, menghubungkan produk berkelas tinggi dengan peluang untuk mengubah hidup dan masyarakat selamanya.

Tai menamatkan pengajian dengan ijazah dalam ekonomi global dan Bahasa Perancis dari BYU dan telah memperoleh ijazah MBA dari kedua-dua UCLA dan Universiti Kebangsaan Singapura. Tai dan keluarganya kini menetap di Kuala Lumpur, Malaysia di mana mereka merupakan masyarakat aktif serta penggemar kecergasan, pemilik gim, dan pemain serta jurulatih ragbi di hujung minggu. Produk kegemaran Tai adalah Royal Hawaiian Sandalwood dan New Zealand Manuka.

Gene Schrecengost

Ketua Pegawai Sumber Manusia

Gene Schrecengost meenyertai Young Living dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam Sumber Manusia. Pengalaman beliau yang terdahulu termasuklah berkhidmat untuk syarikat besar seperti Cardinal Health, Emerson Electric, Occidental Chemical, dan Trimedx. Beliau menamatkan pengajian dari Brigham Young University dengan BA dan MBA dengan pengkhususan Sumber Manusia dari University of Texas di Austin.

Dari 2018-2019, Gene merupakan Ketua Pegawai Sumber Manusia di Trimedx, sebuah firma kejuruteraan klinikal dan pengurusan aset klinikal bernilai $1 bilion. Semasa tempoh perkhidmatan beliau, Gene memainkan peranan penting dalam mendapat dan menyepadukan pesaing terbesar syarikat tersebut daripada Aramark, menggandakan saiz syarikat dengan berkesan. Beliau juga pernah menjadi Ketua Pegawai Sumber Manusia di beberapa perusahaan bersaiz sederhana, di mana beliau berjaya bekerjasama dengan pemimpin senior dalam mengembang dan mengubah perniagaan dengan meningkatkan modal pengurusan manusia.

Kata-kata daripada Steve Jobs cukup sesuai dengan pandangannya tentang kepentingan kerja berpasukan: "Sesuatu yang hebat dalam perniagaan tidak pernah dijayakan seorang insan semata-mata. Ia dicapai oleh satu pasukan."

Beliau diperkenalkan ke Young Living oleh anak perempuannya yang menggunakan campuran minyak pati Gentle Baby untuk menenangkan anak perempuannya di malam hari. Produk kegemarannya adalah Berbuli Valor yang disapunya pada pergelangan tangan setiap pagi.